BN Pulau Pinang mahu kerajaan negeri beri jaminan keselamatan


20121231 BN Pulau Pinang mahu kerajaan negeri beri jaminan keselamatan

PULAU PINANG, 31 Dis. 2012 – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menuntut kerajaan negeri memberi jaminan bahawa insiden keganasan yang dilakukan oleh anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) ke atas seorang wartawan akhbar berbahasa Cina di Jalan Perak, Ahad (30 Dis) tidak berulang.

Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa tampil memberi penjelasan berhubung kejadian seorang wartawan akhbar Cina yang didakwa dipukul oleh anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) awal pagi semalam.

Pengerusi Jawantankuasa Hal Ehwal Politik BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, pihaknya mengutuk kejadian berkenaan kerana melibatkan keselamatan awam dan kredibiliti pasukan sukarela itu sendiri.

Malah, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata perbuatan memukul wartawan berkenaan tidak sepatutnya terjadi kerana anggota PPS dibentuk oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menjaga keselamatan orang awam.

“Sepatutnya anggota PPS bertanggungjawab membantu menjaga keselamatan dan kita mahu kerajaan negeri meminta maaf di atas kejadian itu dan memberi jaminan ia tidak berulang lagi di masa akan datang,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Barisan Nasional Negeri P. Pinang, Jalan Dato Keramat, Isnin (31 Dis.).

Dr Teng berkata individu yang dikasari itu ialah seorang wartawan yang menjalankan tugas dan tanggungjawab serta apa yang berlaku itu menimbulkan kebimbangan dikalangan orang ramai.

Beliau mengulas kejadian wartawan akhbar Guan Ming Daily, Ang Kean Siang,32, yang cedera dipukul empat lelaki ketika membuat liputan di sebuah pangsapuri di Jalan Perak, pukul 1.30 pagi Ahad.

Selain dipukul di bahagian muka dan badan, Ang mendakwa kameranya juga turut dirosakkan oleh kumpulan lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kerana beliau mengambil gambar seorang wanita ditemui mati, dipercayai terjatuh dari sebuah pangsapuri.

Dr Teng yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata penubuhan PPS itu memang dialu-alukan, bagaimanapun ia perlulah mengikut peraturan atau undang-undang supaya mempunyai matlamat yang jelas.

“Kerajaan negeri perlu buat kajian sebelum menubuhkan pasukan sokongan untuk jaga keselamatan. Perlu ada akta tertentu agar setiap anggota yang dipilih dan menyertai pasukan itu lebih bertanggungjawab dan tidak bertindak sesuka hati,” katanya.

“Kejadian ini seolah-olah sudah dirancang kerana wartawan terbabit dibawa ke pos kawalan sebelum dipukul.

“Oleh itu, kita mahu kerajaan negeri segera menjelaskan perkara ini dan memberi jaminan insiden seperti ini tidak akan berulang,” katanya kepada pemberita di Sidang Akhbar.

SUMBER: UTUSAN / BERNAMA

Share it 分享 Berkongsi:

  •  
     
  • Aktiviti BN Pulau Pinang

    There are no upcoming events at this time.
  • Artikel Terkini

  • Kalendar

    July 2016
    M T W T F S S
    « Apr    
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    25262728293031
  • Pautan







  • Arkib

  • Kategori


  • Hit Counter provided by dental implants orange county