Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang 11 Feb (Isnin)


20130208 Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang 11 Feb

GEORGETOWN – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan mengadakan majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di Kolej Han Chiang pada 11 Februari ini yang dijangka dihadiri 80,000 pengunjung.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong berkata, pihaknya turut menjemput Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan Exco kerajaan negeri untuk menghadiri majlis yang bermula pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari itu.

“Isnin lepas kami sudah menghantar jemputan kepada beliau (Lim) tetapi belum terima jawapan daripadanya, kami sudah sediakan tempat untuk beliau dan Exco.

“Kami juga mengundang semua orang di Pulau Pinang dan negeri-negeri berdekatan untuk sama-sama memeriahkan majlis ini,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis itu di sini hari ini.

Tong Keong berkata, BN menyediakan kemudahan tempat letak kereta untuk pengunjung di kawasan berhampiran Kolej Han Chiang serta menyediakan kemudahan bas kepada pengunjung yang memerlukan pengangkutan.

“Diharap semua akan hadir pada majlis ini kerana kami menyediakan makanan dan minuman untuk 80,000 orang,” katanya.

Turut diadakan pada majlis itu ialah persembahan hiburan secara percuma untuk pengunjung, antaranya persembahan penyanyi terkenal tanah air iaitu Shila Amzah dan penyanyi popular Korea Psy serta pertunjukan Chingay, badut, nyanyian dan tarian masyarakat Cina.

Penyanyi terkemuka Korea Selatan, Psy, yang terkenal dengan lagu ‘Oppa Gangnam Style’ yang disahkan hadir membuat persembahan sempena majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di sini, Isnin depan akan diterbangkan dengan pesawat peribadi dari Seoul, Korea Selatan terus ke Pulau Pinang, Ahad ini.

Penyanyi yang popular dengan tarian kuda ‘Gangnam Style’ itu akan tinggal di sebuah hotel terkemuka di negeri ini sebelum beraksi di hadapan pengunjung program yang diadakan di Kolej Han Chiang, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Oh Tong Keong berkata, Psy dijangka mempersembahkan sekurang-kurangnya dua lagu termasuk ‘Oppa Gangnam Style’ pada majlis anjuran Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Peminat tempatan termasuk mereka di luar Pulau Pinang yang mahu menyaksikan persembahan dijemput hadir ke majlis ini kerana ia dianjurkan percuma,” katanya.

“Ini salah sama sekali memandangkan lawatan Psy adalah sebagai tetamu di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina yang telah diaturkan dan ditaja oleh sebuah firma penganjur acara, gergasi. Tiada dana kerajaan atau wang pembayar cukai terlibat.”

Kata sumber itu lagi, kehadiran Psy akan menaikkan profil Pulau Pinang dan Malaysia yang mungkin akan menyuntik industri perlancongan.

Oh mengakui Psy akan merupakan tarikan utama pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN kali ini yang mana juga akan menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun tujuan sebenarnya adalah bagi menarik pengundi golongan muda di negeri kepulauan tersebut.

“Ia merupakan kali pertama Psy membuat persembahan di Malaysia, jadi saya sangat pasti bukan rakyat di Pulau Pinang sahaja akan menghadiri tetapi juga akan menarik semua dari Kuala Lumpur, Kedah dan Perak,” terang beliau.
SUMBER : BERNAMA / ANTARAPOS

Share it 分享 Berkongsi:

  •  
     
  • Aktiviti BN Pulau Pinang

    There are no upcoming events at this time.
  • Artikel Terkini

  • Kalendar

    August 2016
    M T W T F S S
    « Apr    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Pautan







  • Arkib

  • Kategori


  • Hit Counter provided by dental implants orange county