Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) adalah salah satu daripada usaha-usaha gigih kerajaan Barisan Nasional untuk menggalakkan pemilikan rumah yang lebih meluas dalam kalangan rakyat yang berpendapatan sederhana. Diperkenalkan pada 4 Julai 2011 yang lepas, program ini bakal menyediakan lebih banyak pilihan perumahan dengan harga berpatutan di bandar-bandar utama di seluruh pelusuk negara.

Program ini juga adalah sebahagian daripada agenda murni kerajaan Barisan Nasional untukmempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia sejajar dengan konsep 1Malaysia dan Wawasan 2020. Kerajaan Barisan Nasional amat peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan berpendapatan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah yang berharga tinggi, namun pada masa yang sama tidak layak untuk program-program perumahan kos rendah sedia ada.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Pemohon mestilah seorangwarganegara Malaysia Pemohon mestilah berumur
21 tahun ke atassemasa memohon
Pemohon mestilah mempunyai pendapatan isirumah (bujang/suami dan isteri) tidak melebihi RM6,000 sebulan Pemohon mestilah sudah hanya memiliki sebuah rumah di Malaysia, atau belum lagi memiliki rumah di dalam negara.
INFORMASI
Perlaksanaan:

Program ini dirancang dan dikoordinasikan oleh Koperasi Program Perumahan 1Malaysia dan diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Koperasi ini juga akan bertanggungjawab untuk mengedarkan rumah-rumah di bawah projek ini kepada penerima yang berkelayakan.

Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya.


Sasaran:

Untuk fasa pertama PR1MA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah 42,000 buah rumah akan dibina di 20 kawasan-kawasan strategik yang dikenalpasti di Lembah Kelang dan Seremban.

Antara lokasi-lokasi tersebut termasuk Putrajaya, Cyberjaya, Ara Damansara (Petaling), Bandar Tun Razak (Cheras), Putra Heights (Subang Jaya), Bandar Bukit Raja (Klang), Kota Elmina (Sg Buloh), Sg Besi (Kuala Lumpur), Elmina East dan Elmina West di Shah Alam, Lagong Mas (Rawang) , Bandar Ainsdale (Seremban) dan juga Seremban Sentral.

  •  
     
  • Aktiviti BN Pulau Pinang

    There are no upcoming events at this time.
  • Artikel Terkini

  • Kalendar

    August 2016
    M T W T F S S
    « Apr    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Pautan







  • Arkib

  • Kategori


  • Hit Counter provided by dental implants orange county